US dolar hilang upaya pada dagangan sesi New York semalam selepas reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan utama dinantikan sejak awal minggu.
Bacaan inflasi tahunan AS catat 8.5% untuk bulan Julai, menurun dari bacaan 9.1% yang dicatatkan pada Jun dengan rekod tertinggi 40 tahun.
Ini telah memberi kesan penyusutan bagi mata wang US dolar sebaik data diterbitkan, memberi ruang mata wang utama lain meningkat semula, dan memaparkan pergerakan drastik harga pada carta-carta utama semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-85#t=0:00
Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah catatkan kenaikan harian sehingga 160 pips di sesi New York setelah pergerakan mendatar harga dipaparkan sejak awal minggu.
Lonjakan ketara harga tersebut juga telah mengatasi zon rintangan penting pada 1.03000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Namun, setelah mencapai paras ketinggian sekitar 1.03600, harga susut semula untuk menutup dagangan di penghujung sesi New York pada 1.03000.
Sekiranya harga menyambung semula lonjakan yang berlaku semalam, kenaikan harga seterusnya dilihat akan mencapai paras 1.04000 untuk menguji zon tumpuan tersebut.
Kenaikan lebih tinggi pula akan mensasarkan pada 1.05000 untuk catatan ketinggian terbaru harga bagi tempoh dagangan 6 minggu.
Sebaliknya, jika harga gagal kekalkan momentum lonjakan, penurunan awal harga dilihat akan kembali ke paras 1.02400 yang berpotensi untuk menjadi paras sokongan harga semula.
Namun jika harga kekal membuat penurunan lebih rendah, sasaran adalah untuk harga susut ke paras 1.024000 dan menamatkan unjuran pergerakan untuk trend bullish.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG