Tether bakal menjadikan mata wang kripto USDT, iaitu stablecoin dominan dunia tersedia pada lebih 24,000 ATM di seluruh Brazil.
Menurut Paolo Ardoino, CTO Tether menyatakan bahawa inflasi dan sistem kewangan yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan rakyat Brazil enggan mengambil bahagian dalam ekonomi negara yang semakin berkembang pesat.
Rentetan itu, kewujudan token tether di seluruh ATM Brazil telah memberi peluang besar kepada kebanyakan rakyat untuk mendalami sistem kewangan ekoran ia dapat menghantar USDT ke pelbagai lokasi sejurus selepas real Brazil ditukarkan ke USDT.
Malah, perkara tersebut juga akan membawa perubahan besar kepada industri pembayaran serta keseluruhan ekosistem kewangan Brazil.
Sementara itu, Tether dikatakan memeterai perjanjian bersama syarikat pembayaran Brazil SmartPay bagi mengembangkan USDT dalam ekonomi terbesar Amerika Selatan serta menyepadukan USDT dengan sistem pembayaran Brazil PiX dan TecBank yang merupakan ATM terbesar di Brazil.
Secara konteks, stablecoin USDT berjaya mengecap populariti sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan utilitinya sebagai simpanan nilai mempunyai volatile yang kurang berbanding mata wang negara.
Hal ini berikutan kerana stablecoin tersebut terikat dengan nilai dolar AS termasuklah dicagarkan oleh aset dunia sebenar yang diaudit institusi kewangan Amerika.
Oleh demikian, kebanyakan individu akan tertarik untuk menggunakan USDT ekoran tawaran autonomi aset kripto dan kestabilan wang fiat yang kini mempunyai modal pasaran lebih $68 bilion.