US dolar didagangkan lemah pada pengakhiran dagangan pada penghujung minggu lalu selepas bacaan data perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April menepati jangkaan untuk kekal di paras penurunan pada bacaan terdahulu.
US dolar pada minggu ini bakal dipengaruhi pula oleh laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) serta beberapa data ekonomi penting seperti data tinjauan sektor ekonomi.
Jika US dolar kekal bergerak suram pada dagangan awal minggu ini, mata wang utama lain miliki peluang untuk memaparkan peningkatan nilai masing-masing.
Mata wang Euro dijangka untuk memacu lebih tinggi berikutan faktor jangkaan untuk bank pusat Eropah (ECB) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi Jun selepas beberapa petunjuk telah disampaikan oleh Presiden Christine Lagarde sebelum ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-16
Jika diperhatikan pula pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih lagi mengekalkan corak kenaikan harga untuk beberapa minggu ini.
Sehingga penghujung minggu lalu, paras ketinggian yang dicapai adalah sekitar 1.07600 dengan paras sokongan semasa harga adalah pada 1.07000.
Turut memberi isyarat bullish, harga masih lagi bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Kenaikan harga lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju ke zon tumpuan 1.08000 untuk terus catatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon 1.08000 tersebut, paras ketinggian terbaru untuk tempoh 6 minggu bakal direkodkan.
Sebaliknya, jika berlaku perubahan arah harga semula, harga yang membuat penurunan akan menguji paras 1.07000 dan juga paras sokongan MA50.
Penurunan di bawah paras-paras tersebut memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish harga pada minggu ini.
Harga bakal susut menuju semula ke zon RBS (resistance become support) pada 1.06000 atau lebih rendah lagi menuju pula ke zon sekitar 1.05000 yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG