Selepas berjaya mengeluarkan beberapa barisan produk berjenama sebelum ini, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal melancarkan non-fungible token (NFT) sendiri yang digelar koleksi Digital Trading Card.
Diperjelaskan lebih lanjut, setiap kad NFT berikut akan dijual pada harga $99 sementara para pembeli NFT itu turut dibekalkan pelbagai utiliti seperti cabutan bertuah yang membenarkan individu terpilih untuk merasai pelbagai pengalaman unik.
Antaranya adalah panggilan di aplikasi Zoom secara bersemuka dengan Trump, acara makan malam di Miami atau koktel di Mar-a-Lago.
Sementara itu, koleksi edisi terhad Digital Trading Card Trump itu akan mint pada blockchain Polygon dengan pengeluaran fasa pertamanya sebanyak 45,000 NFT yang mengisahkan kehidupan serta kerjaya beliau selama ini.
Pembelian koleksi NFT Trump tersebut hanya boleh dibayar dalam aset digital tertentu sahaja seperti Ethereum (ETH) ataupun mata wang fiat.
Pihak yang berhasrat untuk membeli 45 NFT sekaligus pula haruslah pergi ke majlis makan malam gala bersama Trump dengan membeli tiket yang dikeluarkannya.
Walaupun projek NFT itu menerima pelbagai kritikan di Twitter, Trump berjaya mengumumkan tentang koleksi aset digital tersebut selepas kempen presiden beliau pada tahun 2024 didedahkan kepada umum.
Suka dimaklumkan juga, Trump yang telah berkhidmat sebagai presiden AS dari tahun 2017 hingga 2021 telah gagal untuk menjawat jawatan itu pada 2020 ketika berlakunya pemilihan semula.