Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD meneruskan corak pendakian untuk hari kedua pada Khamis semalam selepas terdapat isyarat perubahan arah harga pada hari sebelumnya.
Situasi ini didorong oleh pergerakan suram US dolar yang menunjukkan penyusutan di penghujung minggu, berbeza dengan pengukuhan yang dipaparkan pada awal minggu lalu.
Ketidaktentuan pada penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) terus mengundang persoalan kepada pelabur, dan membuatkan pergerakan harga terus tidak menentu dalam pasaran.
Jawapan akan diketahui pada keputusan mesyuarat FOMC minggu hadapan bersama-sama mesyuarat bank pusat England (BOE) yang akan turut berlangsung pada hari yang sama.
Ketika ini, harga pada carta GBP/USD masih menunjukkan kenaikan pada dagangan yang bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Jika diperhatikan semalam, harga pada mulanya sedikit susut di sekitar 1.21600 kemudiannya melantun naik semula melepasi paras 1.22000 sehingga capai ketinggian 1.22450 di penghujung sesi New York.
Kenaikan diteruskan di sesi Asia pagi ini ke sekitar 1.22700 dengan jangkaan rintangan pada 1.23000 akan menjadi tumpuan untuk diuji.
Kenaikan bertenaga jika dipamerkan berkemungkinan mampu mengarasi paras ketinggian dicapai pada awal minggu lalu sekitar 1.23450.
Meneruskan kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan pula pada 1.24000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan.
Namun, jika berlaku terjunan semula harga di sesi-sesi terakhir minggu ini, harga berkemungkinan jatuh di bawah zon 1.22000 dan menuju semula ke zon sokongan 1.21000.
Selepas isyarat perubahan trend bearish, harga bakal melanjutkan lagi penurunan dengan sasaran untuk kembali menuju ke zon 1.2000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG