Pasaran kripto kemurungan sejak minggu lalu tetapi non-fungible token (NFT) membuktikan keunggulannya sebagai aset yang digilai ramai dengan rekod peningkatan harga dan jumlah dagangan yang luar biasa.
Susulan daripada keputusan Federal Reserve (Fed) untuk menaikkan kadar faedah pada Mac nanti, pasaran saham juga tidak ketinggalan menanggung impaknya.
Pasaran NFT boleh dikatakan menjadi trend dengan kewujudan koleksi Bored Ape Yatch Club (BAYC) dan CryptoPunks.
Difahamkan harga lantai bagi kedua-dua koleksi ini meningkat tinggi dalam 24 jam dengan catatan peratusan masing-masing sebanyak 13.33% bagi CryptoPunks dan 8.14% untuk BAYC.
Manakala jumlah dagangan bagi kedua-duanya pula menyaksikan lonjakan melebihi rekod pada Ogos, melepasi $3.2 bilion untuk bulan ini.
Jika dilihat pada keseluruhan gambaran terhadap seluruh pasaran kripto, dapat dilihat perbezaan antara dua jenis aset ini:
- NFT memiliki ciri yang kurang cair berbanding koin atau token
- NFT lebih ‘dekat’ dengan komunitinya dengan tawaran insentif kepada pemiliknya
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.