Google dijangka akan menawarkan pilihan pembayaran dalam mata wang kripto kepada penggunanya seluruh dunia.
Difahamkan Google telah melantik timbalan presiden PayPal, merangkap ketua pereka bentuk produk: Arnold Goldberg sebagai langkah permulaan dalam meluaskan lagi skop perkhidmatan pembayaran.
Sebelum ini Google telah ‘berputus asa’ untuk meneruskan rancangan berkaitan perbankan digital.
Buktinya, salah satu produk mereka – Google Pay secara umumnya mengelak untuk menerima mata wang kripto sebagai medium pembayaran.
Sedangkan beberapa rakan kerjasama Google, seperti Coinbase dan BitPay telah pun membuat jaminan akan membolehkan pengguna mereka membuat pelaburan kripto hanya mengguna kad debit yang telah disambungkan kepada aplikasi Google Pay.
Bagaimanapun, pelantikan Goldberg memberi isyarat Google sedang membuat u-turn dalam keputusannya.
“Kripto menerima perhatian yang sangat luas biasa. Ketika permintaan pengguna dan peruncit sedang berkembang, kami juga akan turut berkembang dengan trend ini.” – Bill Ready, Presiden Bahagian Perdagangan dan Pembayaran Google.