Mata wang dolar Kanada berjaya mengekalkan pengukuhan yang dilakukan pada pertengahan minggu sehingga ke akhir minggu mengambil kesempatan ke atas pergerakan US dolar yang suram ekoran kewaspadaan pelabur menjelang simposium Jackson Hole.
Menyokong dagangan dolar Loonie, harga minyak mentah masih lagi mengekalkan pengukuhan yang di buat pada minggu ini disebabkan oleh prospek pengurangan pengeluaran oleh OPEC.
Tambahan, laporan bekalan minyak mentah AS pada bacaan terbaru menunjukkan permintaan yang tinggi di ekonomi gergasi dunia itu.
Sementara, menjadi tumpuan di sesi New York semalam adalah pada terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan anggaran kedua dengan mencatatkan penguncupan 0.6% berbanding 0.9% yang dicatatkan sedikit baik berbanding bacaan awal yang diterbitkan bulan lalu.
Ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada acara Simposium Jackson Hole yang akan bermula hari ini (Jumaat) selama 2 hari pastinya akan memberi impak terhadap pergerakan harga pada carta-carta utama.
Selain itu, pelabur juga menantikan terbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS yang bakal menjadi pengukur inflasi oleh Federal Reserve (Fed) untuk penentuan dasar monetari mereka..
Menilai pergerakan harga pada carta pasangan USD/CAD, harga telah berjaya menunjukkan penurunan untuk 2 hari berturut-turut dengan penurunan mingguan sekitar 170 pips telah dicatatkan dari paras ketinggian awal minggu sekitar 1.30600 sehingga ke paras 1.29000 yang dicecah semalam.
Selepas harga mencecah paras 1.29000 di sesi Eropah semalam, pelabur telah menyaksikan lantunan semula harga pada zon RBS (resistance become support) tersebut dengan pelabur menilai terbitan data ekonomi AS semalam.
Walaupun berlaku lantunan, harga dilihat masih bermain di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD sehingga ke penghujung sesi dagangan New York menunjukkan isyarat untuk pergerakan trend yang masih bearish.
Dagangan yang bersambung pada hari ini (Jumaat) dilihat menguji rintangan MA50 tersebut di sesi Eropah, namun tidak menunjukkan momentum untuk melepasinya dan berkemungkinan boleh berlaku penyusutan semula harga pada sesi berikutnya.
Sekiranya harga berjaya meneruskan penurunan, zon RBS 1.29000 bakal diuji sekali lagi, dan jika berjaya ditembusi, harga bakal melanjutkan pergerakan trend bearish sehingga dagangan minggu ini melabuhkan tirai.
Penurunan lanjut harga dijangka akan menuju ke zon 1.28300 sebelum penurunan lebih rendah bakal mencecah ke zon support 1.27500 untuk catatkan paras terendah terbaru 2 minggu.
Sebaliknya jika harga pamerkan lonjakan dan melepasi paras halangan harga MA50, rintangan pada 1.30000 dilihat menjadi tumpuan untuk diuji selepas memberikan isyarat awal bagi perubahan trend bullish.
Seterusnya kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan untuk mencabar ketinggian pada awal minggu sebelum mencapai ke zon rintangan 1.30000 dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG