Ekoran pengukuhan ketara oleh US dolar bersambung pada dagangan awal minggu ini, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD juga papar lonjakan bertenaga setelah isyarat perubahan arah harga pada minggu lalu.
Menuju mesyuarat FOMC, harga dilihat menyambung kenaikan pada pembukaan pasaran awal minggu semalam dengan kenaikan harian sekitar 120 pips yang dicatatkan telah mencapai paras ketinggian pada 1.29000 mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.
Paras tersebut turut dinilai sebagai zon rintangan buat harga sebelum ini dan pastinya akan menampilkan reaksi menarik harga yang akan menjadi petunjuk buat pelabur untuk pergerakan selanjutnya harga.
Sementara, dolar Kanada pula dilihat bakal menerima kesan buruk terhadap jangkaan permintaan minyak mentah yang bakal merosot, berikutan minyak mentah menjadi komoditi eksport utama di negara itu.
Ini didorong oleh laporan berkenaan penularan semula Covid-19 di China yang mendesak langkah sekatan pergerakan dilaksanakan semula, menjadi faktor pengurangan permintaan oleh China sebagai antara negara pengguna terbesar minyak di dunia.
Dengan faktor-faktor semasa dalam pasaran semasa ini, harga pada carta USD/CAD dinilai mempunyai kecenderungan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi lagi hari ini.
Kenaikan harga yang melepasi rintangan pada zon 1.29000, harga dijangka akan meneruskan siri pendakian sehingga ke paras tumpuan pada ketinggian 1.3000 pula.
Sekiranya kenaikan harga masih diteruskan dan mengatasi ketinggian 1.30760 yang dicapai pada Mei lalu, harga bakal merekodkan paras tertinggi terbaru 2 tahun dengan sasaran untuk melepasi paras 1.31000.
Sebaliknya, jika harga mula menunjukkan penurunan semula, zon sokongan buat harga dilihat berada pada sekitar 1.27500.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menjadi isyarat awal perubahan trend bearish semula buat harga untuk kembali menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.26000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG