Pergerakan mata wang dolar Kanada mendatar sepanjang minggu ini sementara pelabur kekal memberi perhatian terhadap pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi mata wang komoditi itu.
Selain krisis peperangan Rusia-Ukraine yang mengganggu bekalan, pergerakan pasaran minyak mentah juga tidak menentu ekoran isu perjanjian nuklear Iran yang menjadi perhatian.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD menunjukkan corak penurunan dengan lekuk harga ke bawah terbentuk sejak dagangan minggu lalu.
Susulan reaksi mesyuarat FOMC yang menyaksikan penyusutan US dolar minggu lalu, dolar Kanada turut disokong oleh laporan data inflasi dan jualan runcit Kanada yang positif.
Harga telah susut di bawah paras 1.26000 pada dagangan awal minggu ini selepas menyambung corak penurunan harga minggu lalu.
Sehingga dagangan Rabu semalam, penurunan harga telah mencecah sekitar 1.25400 dan berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Walaupun isyarat untuk trend bearish dinilai, pelabur tetap waspada dengan pergerakan perlahan harga untuk menantikan petunjuk selanjutnya.
Untuk penurunan lebih rendah diteruskan, harga dijangka menguji paras sokongan pada 1.25000 untuk catatkan paras terendah terbaru 9 minggu.
Namun jika US dolar kembali mengukuh untuk melonjakkan harga semula, kenaikan awal bakal menguji zon 1.26000 sebelum kenaikan yang diteruskan dilihat akan ke zon sekitar 1.26800.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG