Kemerosotan dolar greenback dan hasil bon AS telah memberi peluang untuk dagangan emas mencatat peningkatan lebih tinggi dari paras terendah satu bulannya.
Pada sesi Asia, spot emas diniagakan sedikit berubah pada $1,844 per auns, susut sedikit daripada keuntungan semalam yang memacu logam kuning itu ke paras harga $1,857 per auns ketika sesi New York.
Federal Reserve (Fed) telah meningkatkan kadar faedah kepada 1.75% dalam mesyuarat polisi terbaharunya dan turut menurunkan unjurannya terhadap pertumbuhan ekonomi AS yang memberi petanda mengenai risiko kemelesetan akan berlaku.
Pandangan suram ini menyebabkan hasil bon AS 10 tahun merosot lebih rendah kepada 3.26% dan turut mengheret US dolar untuk bersama-sama mencatat penurunan.
Walaupun begitu, pelabur tetap berhati-hati kerana US dolar boleh bangkit semula kerana faktor dari Fed yang hawkish masih menyokongnya.
Tumpuan kini terarah kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell pada malam ini yang berpotensi mempengaruhi pergerakan US dolar dan emas menjelang dagangan penghujung minggu.