Pembukaan dagangan awal minggu pada Isnin semalam kekal menyaksikan US dolar mempersembahkan prestasi yang mengecewakan apabila masih meneruskan momentum penyusutan minggu lalu.
Kesan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu dibawa ke minggu ini sementara pelabur juga turut berwaspada untuk dagangan US dolar dengan kini tumpuan beralih pada terbitan data inflasi AS pada Khamis.
Sentimen pasaran semasa juga dilihat tidak memihak kepada US dolar ketika pelabur memantau perkembangan ekonomi di China dan juga pilihan raya Kongres AS.
Dengan kebanyakan mata wang utama dalam pasaran mengambil kesempatan ke atas kelemahan US dolar, mata wang Euro semalam dilihat cemerlang memaparkan pengukuhan yang turut disokong oleh terbitan data pengeluaran perindustrian Jerman untuk bulan September yang meningkat mengatasi ramalan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-kekal-lemah
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD mengekalkan corak kenaikan di awal minggu semalam dengan kenaikan harian lebih 100 pips telah dicatatkan sehingga melepasi paras pariti 1.0000.
Mencapai ketinggian sekitar 1.0030 di penghujung sesi New York, harga mula berlegar perlahan di sekitar tersebut bersambung ke awal sesi Asia pagi ini (Selasa).
Jika corak kenaikan tersebut masih berjaya diteruskan, harga dilihat akan menuju ke paras rintangan pada 1.01000 yang hampir disentuh pada 2 minggu lalu ketika harga mencatatkan paras tertinggi 6 minggu.
Melepasi rintangan tersebut, harga berkemungkinan boleh mencapai ke sekitar paras 1.02000, sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 12 minggu.
Sementara, jika harga gagal menyambung kenaikan lebih tinggi sebaliknya membuat penurunan semula di bawah paras pariti 1.0000, harga dilihat akan menguji dahulu paras 0.99500 yang menjadi tumpuan sepanjang minggu lalu.
Seterusnya, penurunan akan dilanjutkan ke zon 0.99000 semula sebelum menyambung penurunan lebih rendah ke sekitar 0.98000 selepas isyarat perubahan trend.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG