Melangkah masuk ke sesi Eropah, pelabur dilihat lebih berhati-hati apabila detik penerbitan data inflasi Amerika Syarikat semakin hampir.
US dolar kekal didagangkan stabil dengan pergerakan harga yang mendatar walaupun laporan minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan Federal Reserve (Fed) kekal hawkish.
Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS diramal akan menunjukkan peningkatan 8.1% pada bulan September daripada 8.3% yang direkodkan pada Ogos.
Sekiranya angka yang dicatatkan lebih besar dicatatkan, US dolar berpotensi untuk mengukuh dan situasi yang sebaliknya akan berlaku jika bacaan meleset.
Sementara itu, yen di ambang untuk jatuh ke paras terlemah sejak 1990 apabila mata wang itu terus mencatat rekod terendah baharu 24 tahun.
Pendirian Bank of Japan (BOJ) untuk kekal dengan dasar yang longgar meletakkan yen jauh ketinggalan di belakang mata wang utama lain yang mana bank pusatnya ke arah pengetatan.
Dalam pada itu, mata wang pound mengesahkan bahawa ia akan menamatkan program pembelian bon kecemasannya pada Jumaat.
Laporan daripada Bloomberg menunjukkan bahawa Menteri Kewangan UK Kwasi Kwarteng akan menyalahkan Bank of England (BOE) sekiranya berlaku lonjakan hasil bon atau kekacauan pasaran pada minggu depan.
Di sisi lain, dolar Aussie, New Zealand dan euro kekal bergerak mendatar menjelang terbitan data inflasi yang boleh menggoncang pasaran pada sesi New York.