Terbitan data sektor PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu lalu membuatkan pergerakan harga dalam pasaran tidak menentu.
Mata wang Euro susut pada dagangan sesi Eropah pada Jumaat lalu, gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan selepas European Central Bank (ECB) telah meningkatkan kadar faedahnya buat pertama kali dalam tempoh lebih 1 dekad.
Sementara US dolar pula dilihat bergerak suram pada sesi terakhir minggu lalu susulan terbitan data sektor pembuatan dan perkhidmatan AS yang menurun di bawah paras penguncupan memberi isyarat bahaya untuk ekonomi terbesar dunia itu.
Tumpuan akan terarah pula kepada keputusan mesyuarat FOMC pada minggu ini yang akan memberi impak besar terhadap pergerakan US dolar membuatkan pelabur dijangka berhati-hati dalam pasaran di awal minggu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-data-pmi-suramkan-pasaran-2572022
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD Jumaat lalu, harga dilihat susut ke paras 1.01300 di sesi Eropah sebelum lonjakan di sesi New York mencapai ke paras ketinggian 1.02400.
Namun, menutup dagangan di penghujung sesi tersebut, harga bergerak susut dan berlegar di sekitar 1.02000 bersambung ke pembukaan dagangan awal minggu ini.
Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, melepasi rintangan pada 1.02400 dan mengatasi ketinggian minggu lalu, sasaran awal harga dilihat akan menguji zon 1.03000.
Seterusnya kenaikan yang diteruskan untuk pergerakan trend bullish, harga bakal mensasarkan pula pada ketinggian 1.04000 yang menjadi tumpuan pada dagangan terdahulu.
Sebaliknya jika harga membuat terjunan melepasi paras sokongan 1.01600, penurunan bakal diteruskan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.01000.
Untuk penurunan lebih rendah, harga berkemungkinan akan kembali ke paras pariti 1.000 yang menjadi zon support penting buat harga.
Pada sesi Eropah petang ini, pelabur akan memberi tumpuan terhadap bacaan data iklim perniagaan Jerman tinjauan ifo yang bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Euro.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG