Berbeza berbanding Euro yang melemah, mata wang Pound berjaya menampilkan corak yang masih kukuh pada Khamis semalam walaupun lebih perlahan berbanding lonjakan pada hari sebelumnya.
Dengan pergerakan suram US dolar sempena sambutan Thanksgiving Day di Amerika Syarikat (AS), Pound terus mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Namun, pelabur tetap waspada dengan ketidaktentuan di UK dengan isu Brexit kembali menjadi tumpuan semula.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-bye-bye-usd-2511
Meneliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 100 pips semalam, menyambung lonjakan 200 pips sebelum itu.
Selepas menembusi paras jangkaan 1.21000, ketinggian terbaru yang dicapai adalah pada sekitar 1.21500 untuk rekod tertinggi 15 minggu.
Walaupun memaparkan pergerakan harga yang lebih mendatar menuju penghujung minggu, namun harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang menunjukkan trend masih bullish.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi Jumaat ini, harga dilihat mendatar perlahan di paras 1.21000, kenaikan berkemungkinan dijangka untuk diteruskan.
Sekiranya kenaikan berlaku, harga bakal menuju ke paras ketinggian 1.22000 untuk terus memburu rekod ketinggian terbaru lagi.
Namun jika harga susut di bawah paras 1.21000, paras sokongan MA50 akan diuji sebelum pelabur menilai isyarat pergerakan harga selanjutnya.
Penurunan lebih rendah jika diteruskan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.2000 setelah kenaikan pada Rabu lalu telah berjaya menembusi zon tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG