Pengumuman utama yang dilontarkan oleh ekosistem Shiba Inu (SHIB) berjaya memberi kejutan kepada harga memecoin kedua terbesar itu termasuk Doge Killer (LEASH) dan Bone ShibaSwap (BONE) mendaki dalam tempoh 24 jam lalu.
Terdahulu, para pelabur dilaporkan kerap kali menjual SHIB secara berterusan sehingga nilainya telah mencecah $0.000008 pada penghujung minggu lalu sebelum anda lantunan semula.
Situasi berikut dijangka mempunyai kaitan dengan pelancaran SHIB Layer-1 yang bakal berlaku tidak lama lagi, dimana komunitinya, Shibarmy berpandangan LEASH serta BONE bertanggungjawab untuk membangunkan pembaharuan itu.
Namun selepas pengumuman SHIB itu, harganya mencanak lebih 7% pada zon 0.000009 dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah dagangan menggunung sekitar 40% pada $223 juta sementara paras pasaran sebanyak $4.82 bilion.
Selain daripada SHIB, harga Doge Killer pula raih peningkatan melebihi 18% di mana LEASH berlegar pada paras $341.5 dengan jumlah dagangannya meningkat sekitar 74% pada $1.1 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.
Meskipun begitu, Bone ShibaSwap telah mengatasi token-token ekosistem SHIB berikut apabila harganya dapat mendaki sebanyak 35% menembusi paras $0.907 dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah dagangan maju 220% pada $18 juta.
Suka dimaklumkan juga bahawa LEASH merupakan token kedua SHIB yang berperanan untuk menjejaki harga Dogecoin (DOGE) manakala BONE adalah token tadbir urus bagi membenarkan komuniti SHIB mengundi cadangan Doggy DAO, organisasi decentralised dikawal komuniti.