“Haih jauh lagi perjalanan SHIB, agaknya bila la harganya boleh capai $0.01?”
Setelah terdapat ramai pelabur mempersoalkan potensinya, seorang ahli terkemuka komuniti Shiba Inu (SHIB) berkongsi tiga aspek yang bakal mendorong harga memecoin kedua terbesar itu menembusi $0.01.
Aspek pertama yang dapat melonjakkan harga SHIB hingga ke paras $0.01 adalah penggunaan secara besar-besaran, di mana ekosistem memecoin itu baru-baru ini telah berusaha untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.
Umum mengetahui bahawa konsep penggunaan besar-besaran untuk sesuatu kripto memang didapati sukar, namun SHIB sedaya upaya bekerjasama dengan Binance Pay dan membangunkan Shibarium bagi kembangkan lagi ekosistemnya.
Selain itu, staking dan liquidity adalah salah satu aspek yang berupaya menggunungkan harga SHIB tetapi perlu diingatkan pembakaran merupakan aspek paling penting dalam pertumbuhan dan penerimaan memecoin tersebut.
Walaupun kadar pembakaran adalah faktor yang perlu dititikberatkan dalam sebarang pergerakan harga menaik, ia sering kali menjadi perbalahan di kalangan pelabur.
Meskipun begitu, kadar pembakaran SHIB menyaksikan pendakian sebanyak 35,500% pada 7 April 2023 susulan fungsi Shibarium dan mekanisme pembakaran, oleh itu harga memecoin tersebut mungkin dapat melepasi $0.01 pada masa hadapan.
Sehingga berita ini ditulis, harga SHIB naik sekitar 0.86% pada paras $0.000010 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan $122 juta dan raih 1.78% sepanjang minggu lepas.