US dolar sedikit berubah pada hari Isnin setelah mengakhiri dagangan minggu lalu dengan kerugian mingguan terbesar sejak pertengahan Januari.
Raja mata wang itu berundur dari paras tertinggi 2 setengah bulan berbanding yen ketika pasaran mencari lebih banyak petunjuk dari data-data ekonomi Amerika Syarikat untuk penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).
Minggu ini, Pengerusi Fed Jerome Powell akan memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari Separuh Tahunan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat dan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan.
Ini mungkin boleh menjadi penggerak seterusnya buat US dolar, selain data pekerjaan utama NFP AS yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/penentu-arah-matawang-minggu-ini?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fpenentu-arah-matawang-minggu-ini
Selain itu, pelabur dolar Aussie, Kanada dan yen akan memberi tumpuan kepada 3 mesyuarat polisi dari bank pusat utama, Reserve Bank of Australia (RBA), Bank of Canada (BOC) dan Bank of Japan (BOJ).
Buat pelabur mata wang pound, data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK untuk bulan Januari pada Jumaat juga akan dijadikan perhatian.
Menjejaki pergerakan mata wang lebih mendalam, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan sedikit berubah pada sekitar paras terendah satu bulan berbanding US dolar pada sesi Asia.
Sementara mata wang euro dan pound juga turut diniagakan berlegar pada paras terlemah satu bulan berbanding greenback ketika pasaran menunggu pemangkin selanjutnya daripada data ekonomi utama.
Keseluruhannya, pergerakan mata wang dilihat mendatar walaupun berlaku turun naik yang tidak menentu minggu lalu.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama diniagakan sedkit berubah pada sekitar harga 104.55.
Berminat belajar trade forex bersama Team INTRADAY? Jom sertai program mentoring Hustle 24 Hour kami. Klik di sini untuk join.