“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, contohilah sifat Coinbase yang tak pernah berputus asa.”
Coinbase International Exchange yang meyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan di luar Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangannya dalam menyenaraikan Kontrak Niaga Hadapan Kekal bagi empat aset digital baharu termasuk Cardano (ADA), Chainlink (LINK), Dogecoin (DOGE) dan Stellar (XLM).
Empat pasangan dagangan untuk empat aset digital itu akan disenaraikan pada 30 Disember 2023 di mana pelanggan dapat menerima mata wang kripto baharu bersama syarat-syarat kecairan yang dipenuhi.
Dilaporkan juga bahawa pasangan dagangan ADA/PERP, LINK/PERP, DOGE/PERP dan XLM/PERP akan disiarkan secara langsung di Coinbase International Exchange dan Coinbase Advanced.
Susulan terdapat peraturan agak tidak jelas yang mengikat pengguna Coinbase di AS daripada melakukan pelbagai perkara, bursa kripto tersebut terpaksa meneroka jalan berbeza untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan bukan AS melalui cara betul.
Jadi di sini dapat dilihat penambahan terkini ADA, LINK, DOGE dan XLM dapat membentuk langkah perkembangan strategik yang mampu meningkatkan lebih ramai pedagang dalam pasaran kripto lebih luas.
Memang tidak dinafikan prestasi ADA pada tahun ini adalah sangat memberangsangkan susulan daripada inovasi baharu dan dedikasinya terhadap usaha pembangunan, tetapi LINK turut meluaskan ekosistemnya sebagai penyedia perkhidmatan Oracle de-facto.
Bukan itu sahaja, DOGE dan XLM turut mempunyai daya tarikan di mana kedua-dua aset digital tersebut telah menjadi pilihan tepat untuk penyenaraian Coinbase International Exchange.
Selain niaga hadapan BTC dan ETH, Coinbase International Exchange juga menyokong niaga hadapan Ripple (XRP) iaitu satu langkah dibuat selepas Hakim Analisa Torres memutuskan aset digital itu bukanlah sekuriti.