“Itu banyak sangat masalah sampai kena buang dah.”
Bursa gergasi mata wang kripto Binance dilaporkan menyingkirkan beberapa pasangan dagangan termasuk Dolar Australia (AUD) semasa platformnya disiasat oleh ASIC berhubung operasinya dan pematuhan peraturan tempatan.
Menerusi catatan blog bertajuk “Notis Penyingkiran Pasangan Dagangan”, pasukan Binance mendedahkan bahawa pasangan dagangan spot tersebut akan dialih keluar seterusnya menghentikan dagangannya pada tarikh dan masa tertentu. Berikut adalah senarainya:
- APT/BRL, AMP/BTC, BEL/ETH, FIS/BRL, GAL/ETH, GMT/BRL
- APE/AUD, AVAX/AUD, AXS/AUD, DOT/AUD, FTM/AUD, LINK/AUD, SAND/AUD, SHIB/AUD
- GMT/GBP, JASMY/BTC, KP3R/BNB, REI/BNB, SANTOS/BRL, STMX/BTC, XTZ/BNB
Walaupun Binance menamatkan perkhidmatan Trading Bots untuk pasangan dagangan spot, Binance berkata pengguna masih boleh berdagang aset terjejas itu pada pasangan dagangan lain yang tersedia dalam platform.
Secara umumnya, penyingkiran pasangan dagangan AUD yang berkuat kuasa pada 26 Mei 2023 adalah salah satu langkah strategik oleh Binance sebagai tindak balas terhadap pengawal selia di Australia yang bertindak agresif terhadapnya.
Malah, bursa kripto tersebut turut mengarahkan ASIC membatalkan lesen perkhidmatan Australia Oztures Trading Pty Ltd yang beroperasi sebagai Binance Australia Derivatives susulan salah mengklasifikasikan beberapa pelabur runcit adalah pelabur borong.
Pun begitu, Binance yang menggantung perkhidmatan AUD pada minggu lepas telah menulis dalam satu kenyataan bahawa mereka akan sedaya upaya membangunkan semula perkhidmatannya di Australia.
Hal ini kerana bursa kripto tersebut telah menghadapi tuntutan Suruhanjaya Dagangan hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) dan tindakan kawal selia lain di United Kingdom (UK), Jepun, Itali dan Singapura.