Swiss National Bank (SNB) menepati jangkaan pasaran dengan meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas kepada 1.75% pada mesyuarat terbarunya.
Ini merupakan peningkatan kelima berturut-turut dilaksanakan bank pusat itu, sekali gus meletakkan kadar faedah Switzerland di paras tertinggi sejak April 2002.
SNB berkata langkah terbarunya bertujuan untuk mengatasi tekanan inflasi yang telah meningkat semula dalam jangka sederhana.
Tambahan daripada itu, bank pusat itu juga bersedia untuk campur tangan dalam pasaran mata wang bagi mengekalkan kestabilan harga yang meletakkan sasaran inflasi sekitar 0-2%.
Ini sekali gus menunjukkan bahawa lebih banyak lagi pengetatan mungkin akan terus dilaksanakan oleh bank pusat itu.
Walaupun sederhana mengikut standard antarabangsa, tetapi inflasi Switzerland kekal berada di atas julat sasaran sejak Februari 2022. Pada bulan Mei, inflasinya meningkat pada 2.2%.
Bagi meningkatkan nilai swiss franc,, SNB telah menjual mata wang asing dalam beberapa bulan kebelakangan ini, di mana kekuatannya telah mengurangkan kesan import yang lebih mahal.
Susulan keputusan mesyuarat SNB, reaksi awal swiss franc tidak menunjukkan banyak perubahan dengan harga berlegar pada sekitar harga 0.8900 berbanding US dolar.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.