Harapan untuk melihat pemulihan yang lebih kuat dalam ekonomi China semakin suram setelah data terbaru menunjukkan bacaan meleset daripada jangkaan pada bulan April.
Pengeluar perindustrian meningkat sebanyak 5.6% tahun ke tahun pada bulan lalu, tersasar jauh daripada jangkaan untuk berkembang 10.9%, tetapi lebih tinggi daripada catatan 3.9% pada bulan Mac.
Sementara itu, jualan runcit pula dilaporkan melonjak sebanyak 18.4% pada April daripada 10.6% sebelumnya, namun masih jauh daripada ramalan untuk peningkatan 22%.
Di sisi lain, pelaburan aset tetap mencatatkan peningkatan sebanyak 4.7%, meleset daripada jangkaan untuk meningkat 5.7% dan sedikit merosot daripada catatan bulan sebelumnya pada Mac 5.1%.
Penganalisis mengatakan China masih lagi berada di peringkat pemulihan di mana data yang dicatatkan semakin positif berbanding tahun lepas.
Namun begitu, pemulihan ini dilihat tidak sekata dan meleset jauh daripada yang diharapkan oleh pasaran untuk melihat ekonomi gergasi kedua dunia itu kembali berkembang pesat pada tahun ini.
Reaksi awal daripada pasaran mata wang memperlihatkan dolar Aussie dan New Zealand sedikit susut susulan terbitan data-data tersebut.
Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI