“Mungkin serabut sangat sebab tulah Binance nak clearkan pasangan dagangan yang tak berpotensi.”
Bursa gergasi mata wang kripto Binance rancang menyahsenarai beberapa liquidity utama, antaranya adalah Ethereum (ETH), Ripple (XRP), Solana (SOL), Cardano (ADA), Polkadot (DOT), Chainlink (LINK), Polygon (MATIC), Litecoin (LTC) dan Bitcoin Cash (BCH) sebelum 22 Disember 2023.
Memang tidak dinafikan Binance Liquid Swap membenarkan pengguna menyediakan liquidity dalam pools untuk menjadi penyedia liquidity termasuk memperoleh yuran transaksi dan ganjaran BNB, tetapi ia tetap akan menghentikan liquidity pool tertentu pada platformnya itu.
Rentetan itu, Binance akan mengalih keluar beberapa liquidity pool seperti ADA/ETH, ADA/USDT, BCH/BTC, DOT/BTC, DOT/USDT, ETH/DAI, LINK/ETH, LINK/USDT, LTC/BNB, LTC/BTC, LTC /ETH, LTC/USDT, MATIC/USDT, SOL/BTC, SOL/USDT, XRP/BNB, XRP/BTC dan XRP/ETH.
Liquidity pool lain ialah AAVE/ETH, ARB/BTC, FIL/BTC, MANA/BTC, SAND/BTC, UNI/BNB, UNI/BTC dan VET/USDT.
Diperjelaskan lebih lanjut, pengguna tidak dapat menambah kecairan dalam liquidity pools di atas mulai 18 Disember 2023 manakala mereka yang mempunyai positions secara automatik akan menerima aset kripto yang didepositkan dalam spot wallet mereka.
Menurut Binance, pasukannya menyemak secara berkala liquidity pools tersenarai untuk menumpukan liquidity, mengurangkan slippage* dan memberikan harga transaksi lebih baik kepada penggunanya agar dapat memastikan pengalaman perdagangan dioptimumkan di bursa kripto.
*Merujuk kepada perbezaan antara hasil jangkaan dan sebenar sesuatu perdagangan
Baru-baru ini dilaporkan bahawa Binance menyahsenarai MATIC, SOL, BCH, DOT, Tron (TRX), Shiba Inu (SHIB) dan Avalanche (AVAX) pada 6 Disember 2023 sebagai sebahagian daripada strategi untuk menamatkan sepenuhnya sokongan stablecoin BUSD menjelang Februari 2024.