Harga emas susut lebih rendah walaupun setelah diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah pada suku pertama.
Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan sedikit berubah pada $1,990 per auns, sedikit pulih daripada penyusutan terdahulu yang melihatkannya tergelincir pada paras harga $1,974 per auns.
Ekonomi AS tanpa dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan dengan meningkat 1.1% pada suku pertama, daripada 2.6% suku sebelumnya dan jangkaan 2.0%.
Emas yang sepatutnya menguat susulan data ini, sebaliknya merosot ekoran bacaan yang lebih tinggi dalam data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) yang menunjukkan peningkatan 4.9% pada suku lepas berbanding 4.4% sebelumnya.
PCE adalah ukuran inflasi utama Federal Reserve (Fed), dan kenaikan ini menguatkan lagi jangkaan bahawa bank pusat akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi minggu depan.
Rentetan daripada itu, hasil perbendaharaan 10 tahun AS kembali meningkat lebih kukuh, sekali gus menekan logam berharga emas ke bawah.
Data PCE bulanan yang akan diterbitkan pada sesi New York akan datang, bakal menjadi tumpuan pelabur seterusnya.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.