“Kejap naik kejap turun, bila agaknya nak tembus $1 ni?”
Beberapa whales memindahkan 68 juta Ripple (XRP) bernilai $27 juta ke syarikat exchanger mata wang kripto Bitso dan Bitstamp ketika aset digital tersebut masih berada dalam tuntutan mahkamah dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) Amerika Syarikat (AS).
Selain terdapat whales mengalih 370 juta XRP bernilai $147 juta dalam tempoh 24 jam lalu, transaksi terbesar yang direkodkan adalah pemindahan sebanyak 252 juta berharga $101 juta ke wallet tidak diketahui.
Sebagai rekod, harga XRP tergelincir 5% dalam tempoh 7 hari lalu dan volum dagangannya pula susut sekitar 2% pada $1.07 bilion dalam masa 24 jam terakhir, sehingga kini aset digital itu berada pada zon $0.4026.
Harga XRP diperhatikan sentiasa bergelut menembusi paras rintangan $0.40 dan masalah ini mungkin akibatkan pelabur ingin menjual pegangannya jika tuntutan mahkamah itu masih tidak capai penyelesaian.
Pelabur XRP pula sehingga kini tetap setia menunggu mahkamah mengeluarkan summary judgement dalam tuntutan tersebut tetapi masih tidak memberi sebarang keputusan yang dapat memberi impak positif.
Sudah sedia maklum kebanyakan pelabur aset digital itu sungguh yakin harganya bakal mendaki tinggi jika tuntutan mahkamah antara XRP dan SEC selesai, namun perlu diingatkan ia berpotensi junam sekiranya pelabur mula bosan.