- Korea Selatan dan Amerika jalani latihan ketenteraan bersama-sama.
- Pyongyang sifatkannya sebagai melampau batas.
- Korea Utara ancam akan bertindak balas.
Presiden Korea Utara, Kim Jong Un tampaknya tidak senang duduk dengan aktiviti Amerika Syarikat dan sekutunya yang menjalankan latihan ketenteraan di semenanjung Korea.
Kementerian Luar Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa tindakan tersebut dilihat sebagai melampaui batas dan ia boleh mencetuskan tindak balas yang kuat dari negara itu.
Agensi berita negara KCNA yang menyiarkan kenyataan tersebut, turut berkata Pyongyang tidak berminat untuk berbincang selagi AS meneruskan dasar bermusuhan.
Kenyataan itu turut merujuk kepada lawatan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin ke Seoul pada hari Selasa.
Beliau dan rakan sejawatannya dari Korea Selatan berjanji untuk meningkatkan latihan ketenteraan dan menggunakan lebih banyak aset strategik seperti kapal pengangkut pesawat dan bom jarak jauh.
Membalas kepada laporan tersebut, Korea Utara berkata ia adalah petunjuk jelas bahawa Washington akan mengakibatkan semenanjung Korea menjadi senjata perang yang besar dan zon perang lebih kritikal.
Tambahnya lagi, Pyongyang akan bertindak balas terhadap sebarang gerakan ketenteraan AS dan mempunyai strategi tindak balas yang kuat termasuk kuasa nukear yang hebat, jika perlu.
Sementara itu dalam laporan berasingan, Korea Selatan berkata pada Khamis bahawa ia telah mengadakan latihan udara bersama dengan Amerika.
Ia melibatkan pesawat pengebom berat jarak jauh B-1B AS dan pesawat siluman (stealth aircraft) terbang di atas Laut Kuning.