“Mesti ada kaedah lain, tak akan ni je caranya.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) termasuk volum dagangannya menyaksikan tekanan ketara apabila Binance tamatkan zero-fee BTC trading untuk semua pasangan dagangan kecuali TrueUSD (TUSD).
Dilaporkan bahawa volum dagangan BTC untuk pasangan BTC-USDT tergelincir sebanyak 90% manakala volum dagangan harian bagi pasangan BTC-TUSD pula meningkat pada $170 juta, tetapi ia masih agak rendah.
Binance didapati melakukan perubahan besar pada program zero-fee BTC trading dan promosi zero-maker fee BUSD untuk mengalih keluar Binance USD (BUSD) sejurus selepas terdapat tindakan agresif oleh pengawal selia Amerika Syarikat (AS).
Rentetan itu, volum dagangan harian BTC di Binance pada hujung minggu terjun ke paras terendah sejak 4 Julai 2022, di mana kali terakhir ia turun pada tahap rendah ini adalah dua hari sebelum memperkenalkan program zero-fee trading.
Susulan Binance tukar berbilang stablecoin dan hentikan dasar Auto-Conversion Binance USD (BUSD), kebanyakan pelabur bimbang syarikat tersebut tidak berupaya menyokong TUSD yang merupakan stablecoin agak kecil dengan modal pasaran $2 bilion.
Walaupun kini harga BTC turun 2.94% pada $27,055, zon rintangan kuat aset digital tersebut adalah pada $28,300 hingga $29,000 susulan ia berjaya melepasi paras tertinggi 9 bulan pada harga $28,803 di tengah-tengah krisis perbankan.
Beberapa penganalisis yang yakin harga BTC bakal mencecah $35,000 dalam beberapa minggu lagi mungkin berpandangan sebaliknya ekoran liquidity aset digital itu telah jatuh ke paras terendah 10 bulan selepas kripto kehilangan akses kepada sistem perbankan dan pembayaran USD.