Inisiatif kerajaan dalam mengapungkan harga ayam pada minggu lalu telah memberi manfaat kepada ramai pengguna selepas para peniaga mula meletakkan harga yang berpatutan dan kompetitif.
Ramai peniaga mula meletakkan harga yang berpatutan bagi mengelakkan kehilangan pelanggan kerana masyarakat akan lebih cerewet dan membeli dengan harga yang murah.
Ketua Jabatan Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zainizam Zakariya berkata bahawa penamatan subsidi ayam mentah selepas hampir seminggu telah mencetuskan pasaran yang kompetitif dan jauh lebih rendah berbanding harga bersubsidi sebelum ini.
Katanya lagi, harga purata ayam bersih standard peringkat nasional adalah RM8.51 sekilogram dan di Semenanjung Malaysia pula adalah RM8.49.
Selain itu, harga yang ditawarkan di pasar raya jauh lebih murah iaitu serendah RM7.49 sekilogram. Media juga turut melaporkan harga ayam segar di Terengganu turun sehingga 15% iaitu sebanyak RM1.40.
Rata-rata para peniaga di pasar raya mula penjual sekitar harga RM7.20 dan RM7.99 sekilogram.