Apple berdepan tuntutan mahkamah terbesar di UK, dengan lebih 1,500 pembangun meminta pampasan sehingga $1 bilion.
Ia didakwa telah menyalahgunakan kuasa dominannya dengan mengenakan bayaran ‘anti persaingan’ atau komisen sekitar 15% hingga 30% ke atas jualan dalam aplikasi yang dibuat melalui App Store iOS.
Pembangun berpendapat bahawa bayaran tidak adil itu menghalang mereka daripada mengumpul dana yang boleh digunakan untuk inovasi dan pembangunan aplikasi.
Tuntutan di Tribunal Rayuan Persaingan itu diketuai oleh Sean Ennis, seorang profesor di Pusat Dasar Persaingan di Universiti East Anglia dan bekas ahli ekonomi di OECD bagi pihak 1,566 pembangun aplikasi.
Ujarnya dalam satu kenyataan, caj yang dikenakan Apple adalah berlebihan dan ia mempunyai kuasa untuk melakukannya disebabkan monopolinya terhadap pengedaran aplikasi ke iPhone dan iPad.
Dalam tuntutan ini, kesemua pembangun yang berpangkalan di UK disertakan secara automatik melainkan mereka memilih untuk tidak ikut serta.
Jika berjaya, ganti rugi yang diberikan akan berbeza-beza berdasarkan perniagaan aplikasi iOS setiap pembangun yang berpotensi mencecah berjuta-juta dolar.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.