Sentimen pasaran masih dinilai dalam keadaan yang berisiko buat para pelabur berikutan isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) menjadi perhatian utama ketika ini yang masih buntu mencapai penyelesaian.
Jika kesepakatan dalam perbincangan perkara itu gagal dicapai sebelum tarikh akhir 1 Jun, ekonomi AS berada dalam situasi getir malah akan memberi impak besar seluruh dunia.
Pada ketika ini, pergerakan pasaran tidak menentu sementara US dolar sebagai mata wang safe-haven masih lagi mendapat permintaan.
Berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain, US dolar berjaya mengekalkan pengukuhannya walaupun tidak begitu ketara menuju ke penghujung minggu ini.
Seperti pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga dilihat menyambung lagi corak penurunan pada minggu ini setelah mendatar di minggu yang lalu.
Penurunan yang diteruskan hingga ke sesi New York semalam dilihat telah mencecah ke paras tumpuan 0.65400.
Penganalisis melihat harga yang terus bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD akan menyambung penurunan lebih rendah.
Harga bergerak perlahan di sesi Asia pagi ini (Khamis), namun pergerakan dijangka bakal lebih rancak di sesi New York dengan reaksi terhadap data pertumbuhan ekonomi AS yang bakal diterbitkan.
Sekiranya US dolar mengekalkan pengukuhan, harga akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah dengan sasaran untuk mencecah hingga sekitar 0.63700.
Namun jika harga melonjak semula dari zon 0.65400, melepasi halangan MA50 akan mendorong kenaikan lebih tinggi setelah memberikan isyarat untuk perubahan trend.
Harga bakal meneruskan kenaikan menuju 0.66500 atau ke rintangan pada 0.67000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG