Emas buat pertama kali menembusi paras harga $2,040 sejak Mac 2022, selepas mendapat sokongan daripada kelemahan US dolar yang berterusan.
Pada sesi Asia, logam berharga itu mengukuh pada paras harga $2,047 per auns, manakala niaga hadapan emas pula meninggi pada $2,061 per auns.
Emas dilihat semakin menghampiri paras ketinggian yang dicapainya pada Mac 2022 iaitu $2,070, dan puncak tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $2,074 per auns.
Keluaran data inflasi pengeluar telah menambah sokongan buat emas, selepas bacaan yang dicatatkan menunjukkan harga pengeluar Amerika Syarikat merosot ketara pada bulan Mac.
Dengan catatan terendah sejak Januari 2021, inflasi pengeluar tahunan dilaporkan meningkat 2.7% pada bulan lepas, menurun daripada 4.9% yang dicatatkan pada Februari.
Ini sekali gus menunjukkan tekanan harga di AS semakin mereda, ditambah pula dengan terbitan data inflasi pengguna yang turut merosot kepada 5% pada Mac berbanding 6% sebelumnya.
Ekoran itu, pasaran menguatkan keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menghentikan pengetatannya tidak lama lagi.
US dolar yang kecundang lebih parah ke paras terendah 2 bulan berbanding mata wang utama memberi dorongan untuk emas terus menguat.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.