“Harapnya bolehlah capai $41K pada bulan depan, takut tak menjadi je.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) kini masih berlegar di bawah $38,000 apabila para pelabur berpandangan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) bakal meluluskan spot BTC dalam masa terdekat ini.
Menerusi pemerhatian, sejumlah besar BTC bernilai hampir $1 bilion telah ditarik balik daripada bursa kripto dalam dua minggu lepas.
Menurut seorang penganalisis kripto on-chain Willy Woo, aliran BTC telah melakukan perubahan kuat untuk beralih dari platform bursa kripto dan beliau pernah melihat perubahan sama ke arah pembelian semasa pasaran kripto mengalami kejatuhan sebelum ini.
Selain aliran keluar BTC dari bursa kripto, SEC telah meminta maklum balas orang ramai dalam menentukan sama ada ingin meluluskan permohonan spot BTC ETF Franklin Templeton atau tidak.
Pada mulanya, pengawal selia AS berhasrat mengambil lebih banyak masa untuk membuat keputusan tetapi SEC kini mengubah pendiriannya, oleh itu ia telah mendorong harapan pelabur untuk kelulusan spot BTC ETF.
Pemangkin lain yang menyokong untuk kenaikan harga BTC adalah rizab pertukaran stablecoin yang semakin meningkat di mana terdapat $15.23 bilion dalam Tether (USDT) dipegang dalam 10 wallet pertukaran USDT teratas.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa ia mewakili kuasa beli dan jangkaan permintaan untuk BTC akan meningkat kemudian harganya mampu mendaki $41,000 pada Disember 2023 jika aset digital itu dapat menembusi zon rintangannya pada $38,000.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.44% pada paras $37,813 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $739 bilion namun tetap mencatatkan kenaikan 1.06% sepanjang minggu lepas.