“Hmm setiap negara ada caranya, jadi kita kena ikut je la kalau tak kena tangkap.”
Para pelancong asing yang datang ke wilayah Bali di Indonesia telah diberi amaran untuk tidak menggunakan mata wang kripto sebagai pembayaran sekiranya tidak ingin dikenakan tindakan keras oleh kerajaan.
Hal ini kerana kerajaan sedang berusaha mengekang kemasukan pelancong asing sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menangani warga asing bermasalah yang melanggar undang-undang tempatan.
Menurut Gabenor Bali, Wayan Koster akan mengambil tindakan keras seperti pengusiran, hukuman jenayah dan sebagainya terhadap pelancong asing yang mengaplikasikan kripto sebagai pembayaran.
Selain menegaskan rupiah Indonesia adalah satu-satunya mata wang sah dibenarkan sebagai alat pembayaran, Gabenor itu berkata pesalah boleh menghadapi penjara satu tahun dan denda sehingga $13,000 jika menggunakan mata wang lain yang melanggar undang-undang negaranya.
Koster juga mendedahkan bahawa aktiviti perniagaan pertukaran asing boleh dilaksanakan jika mendapat kebenaran daripada bank pusat Indonesia dan operasi tanpa lesen akan dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun termasuk denda $1.4 juta.
Memang tidak dinafikan wilayah tersebut sehingga sekarang masih menerima kripto tetapi penggunaannya untuk pembayaran sama sekali dilarang, ujar Ketua Bank Indonesia di Bali, Trishno Nugroho.
Terdahulu, Bank Indonesia pernah memberi amaran kepada institusi kewangan untuk tidak memudahkan pembayaran dalam aset digital.