Hasil mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari, Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah di paras 3.00% untuk kali keempat berturut-turut sejak Mei 2023.
Menurut BNM, keputusan itu dibuat hasil pandangan berkenaan keadaan ekonomi global yang berkembang disebabkan permintaan domestik yang kekal.
Ekonomi global kini akan terus dihalang oleh inflasi yang berterusan dan kadar faedah yang meningkat.
Selain itu, konflik geopolitik Amerika Syarikat yang tidak stabil turut memberi kesan dalam ekonomi negara disebabkan kekuatan US dolar yang kini dilihat agak goyah selepas mesyuarat FOMC awal pagi tadi menyaksikan kadar faedah kekal di paras 5.50%.
Kadar faedah yang ditetapkan kini dapat menyokong secara konsisten berkenaan penilaian semasa terhadap jangkaan inflasi dan pertumbuhan ekonomi.
Keputusan ini diluluskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari 2024 selaras dengan Akta Bank Negara 2009, MPC bersidang enam kali sepanjang tahun.