“Dah ada orang cop awal-awal trademark ni, kena berebut la nanti.”
Didedahkan oleh peguam Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (AS) (USPTO), Mike Kondoudis bahawa terdapat seorang individu yang telah memfailkan tanda dagangan (trademark) bagi menubuhkan “Bitcoin Bank America”.
Penubuhan berikut adalah bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan exchanger mata wang kripto di negara AS.
Namun, peguam tersebut beranggapan Bank of America (BOfA) mungkin tidak menyetujui dengan permohonan tanda dagangan yang dibuat oleh individu itu.
Hal ini berikutan kerana perkara tersebut akan memusnahkan matlamat BOfA yang turut berhasrat wujudkan perkhidmatan kripto pada masa hadapan.
Berdasarkan data USPTO, tarikh pendaftaran untuk tanda dagangan adalah pada 27 Disember manakala tarikh pemfailan permohonan pada 3 Januari, tetapi BOfA didapati tidak membuat sebarang tuntutan untuk menggunakan nama “Bitcoin Bank America” selain daripada “Bitcoin Bank”.
Dalam pada itu, kebanyakan individu berpendapat penggunaan nama “Bitcoin Bank” akan menghalang BoFA memenangi pertikaian berkaitan tanda dagangan tersebut.
Sebagai konteks, BOfA telah memfailkan paten untuk perkhidmatan blockchain, kripto termasuk wallet mata wang digital selepas mengkaji kripto selama bertahun-tahun.