Ekonomi UK tanpa dijangka menguncup pada bulan Mac menyebabkan negara itu berkembang perlahan pada suku pertama tahun ini.
Jabatan Statistik Kebangsaan (ONS) melaporkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) menguncup 0.3% pada bulan Mac, lebih buruk daripada jangkaan pertumbuhan sifar oleh pasaran.
Namun, terima kasih kepada pertumbuhan pada bulan Januari yang kukuh, ekonomi berkembang sebanyak 0.1% sepanjang suku pertama secara keseluruhan.
Pengarah statistik ekonomi ONS. Darren Morgan berkata walaupun ekonomi menguncup pada Mac tetapi KDNK meningkat sedikit pada suku pertama.
Menurut beliau lagi, pertumbuhan suku pertama telah dipacu oleh peningkatan dalam IT dan pembinaan, tetapi dilemahkan oleh penurunan meluas dalam sektor perkhidmatan disebabkan oleh mogok.
Data itu dikeluarkan sehari selepas Bank of England (BOE) memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras tertinggi 15 tahun pada 4.50%.
BOE juga meramalkan bahawa ekonomi UK akan terbantut pada tahun dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 0.25%.
UK kini terus bergelut dengan kadar inflasi yang tinggi, di mana BOE menjangkakan ia akan jatuh mendadak sepanjang musim panas tetapi hanya akan turun sekitar purata 5.1% dalam tiga bulan terakhir tahun ini, jauh dari sasaran 2% bank pusat.
Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI