“Sangat berpendirian teguh, penduduknya tetap beli walaupun presiden Turkiye benci kripto.”
Susulan mata wang negara semakin menurun ditambah pula inflasi berada di tahap membimbangkan, sesetengah penduduk Turkiye mula berminat semula dalam pasaran mata wang kripto terutamanya stablecoin Tether (USDT).
Nilai mata wang Turkiye, Lira didapati menurun sejurus selepas Recep Tayyip Erdogan yang dikenali sebagai pengkritik kuat aset digital telah memenangi pilihan raya presiden manakala lawannya, Kemal Kılıçdaroğlu pula adalah pro-kripto.
Hal ini disebabkan penduduk negara Eurasia telah mengalihkan tumpuannya kepada USDT sejak awal bulan Mei 2023 walaupun Erdogan telah menang dengan mendapat 52% undi semasa pilihan raya presiden.
Salah satu faktor mendorong rakyat Turkiye bertukar arah ke pasaran kripto adalah penyusutan nilai mata wang negaranya yang baru-baru ini mencecah rekod terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di mana kini 1 TRY bersamaan $0.042.
Suka dimaklumkan juga sesetengah penduduk tempatan yang ingin mengekalkan kekayaan mereka semasa inflasi telah mentakrifkan USDT sebagai safe-haven susulan ia bersandar pada dolar AS dan membenarkan rakyat Turkiye sertai pasaran kripto melalui cara mudah.
Menurut Ebru Güven, pensyarah universiti dan bekas jurubank berkata pengawal selia domestik telah mengehadkan pembelian dolar dan emas melalui Lira tetapi lebih mengutamakan aset digital, oleh itu penduduk Turkiye mengagihkan semua simpanannya dalam pasaran kripto.
Bagaimanapun, harga USDT masih mencatatkan penurunan sebanyak 0.06% pada paras $0.99 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $20 bilion seterusnya tergelincir 0.03% sepanjang minggu lepas.