“Wow yakinnya bank ni, harap ramalannya betul la.”
Bank pelaburan Citi yang menjangkakan tokenisasi* berasaskan blockchain untuk aset dunia sebenar bakal digunakan secara besar-besaran dalam dunia mata wang kripto telah meramalkan pasaran akan mencecah $4 trilion dan $5 trilion menjelang 2030.
*Sesuatu proses mengubah pelbagai bentuk aset fizikal menjadi aset digital
Sekiranya perkara berikut terjadi maka ia menandakan peningkatan 80 kali ganda daripada nilai semasa aset dunia sebenar yang dikunci pada blockchain.
Menurut penganalisis Citi dengan lebih terperinci, bank tersebut membayangkan $4 trillion hingga $5 trilion sekuriti digital tokenisasi dan $1 trilion volum pembiayaan perdagangan berasaskan teknologi ledger akan diedarkan sebelum 2030.
Susulan $5 trilion akan ditokenisasi, bank itu menganggarkan $1.9 trilion mungkin datang dalam bentuk hutang diikuti $1.5 trilion daripada hartanah, $0.7 trilion daripada ekuiti persendirian serta modal teroka dan sekuriti pula antara $0.5 trilion atau $1 trilion.
Sementara penyelidik berpandangan ekuiti persendirian dan dana modal teroka akan menjadi kelas aset paling terkenal, di mana ia berkemungkinan menguasai jumlah pasaran sebanyak 10% manakala hartanah pula 7.5%.
Suka dimaklumkan bahawa pasaran ekuiti persendirian akan melihat kadar penggunaan lebih pantas susulan mempunyai liquidity yang menggalakkan serta sifat ketelusan dan pembahagiannya, ulas bank tersebut.
Citi turut berkata tokenisasi blockchain berpotensi menggantikan infrastruktur kewangan tradisional ekoran ia lebih unggul dari segi teknologi serta menyediakan lebih banyak peluang pelaburan dalam pasaran swasta.