Kim Jong Un telah menjemput Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melawat Korea Utara ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan sidang kemuncak bersemuka pertama mereka di Moscow.
Menurut agensi berita Korea Utara KCNA, Putin menerima jemputan tersebut walaupun tiada pengesahan segera daripada Kremlin.
Ketika pertemuan tersebut, pemimpin Korea Utara itu diperlihatkan dengan kemudahan pelancaran angkasa lepas paling moden di Rusia, selain turut mengadakan perbincangan bersama menteri pertahanan mereka.
Menyertai delegasi Kim ke Moscow adalah menteri pertahanan, komander tertinggi tentera dan pengarah jabatan senjata negara.
Kunjungan Kim Jong Un ke Rusia telah menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat bahawa Kim mungkin bersedia menjual senjata kepada Moscow untuk perangnya di Ukraine.
Washington malah menuduh Korea Utara menyediakan senjata kepada Rusia, tetapi tidak jelas sama ada sebarang penghantaran telah dibuat.
Rusia dan Korea Utara telah menafikan dakwaan tersebut, tetapi berjanji untuk memperkuatkan kerjasama pertahanan mereka.
Pada hari Khamis, Kim akan dibawa melawat kilang-kilang penerbangan tentera dan awam di bandar Rusia Komsomolsk-on-Amur dan armada Pasifik Rusia di Vladivostok.