Mata wang Yen ketara susut nilai pada sesi Asia sebentar tadi dengan keputusan mesyuarat polisi terakhir bank pusat Jepun untuk tahun 2023 telah terjawab.
Seperti bank pusat yang lain minggu lalu, Bank of Japan (BOJ) juga turut mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah di paras -0.10% dan hasil bon 10-tahun kerajaan Jepun kekal pada 0%.
Unjuran dasar monetari yang kekal dovish telah memberi reaksi awal penyusutan nilai Yen sementara pasaran menantikan ucapan oleh gabenor Kazuo Ueda untuk petunjuk terbaru.
Tinjauan Reuters mendapati 80% pakar ekonomi menjangkakan BOJ bakal ucap ‘selamat tinggal’ kepada dasar monetari longgar mereka pada penghujung 2024, dan sebahagian kecil menjangkakan situasi tersebut boleh berlaku seawal Januari.
Memerhati reaksi harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga telah paparkan lonjakan susulan mesyuarat BOJ yang berlangsung menyaksikan harga memanjat naik ke paras 143.700.
Jika dinilai, harga berkemungkinan akan meneruskan corak kenaikan selepas memberi isyarat perubahan arah lebih awal pada Isnin semalam dengan pergerakan harga yang telah berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.
Pada awal sesi Asia pagi tadi juga, harga turut menguji sokongan MA50 sebelum lonjakan akhirnya diperlihatkan.
Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan kembali menuju semula zon tumpuan di antara julat 146.00 hingga 147.00.
Kenaikan lebih tinggi mengunjurkan pergerakan trend bullish lebih jelas buat harga untuk menamatkan siri penurunan harga selepas 5 minggu berturut-turut.
Namun jika kenaikan yang berlaku di awal minggu ini sekadar retracement harga, penurunan boleh berlaku semula jika terdapat petanda kenaikan harga yang lemah.
Penurunan bakal menguji paras yang dicecah minggu lalu sekitar 141.00 sebelum melanjutkan lebih rendah pada sasaran sekitar 139.300.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG