“Pelabur kena ingat jangan terburu-buru kalau tak nak terciduk.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melihatkan pendakian ketara pada Januari 2023 melepasi paras $24,000, di mana setakat ini harga susut semula pada sekitar $22,800 namun ia mungkin dijangka bakal bangkit kembali pada minggu ini.
Ujar Rekt Capital, seorang penganalisis teknikal terkemuka berpandangan paras rintangan terkuat BTC adalah pada $23,400 susulan harga sentiasa berlegar pada zon tersebut.
Tambahnya lagi, BTC didapati mampu lonjak lebih tinggi lagi apabila harganya berjaya menembusi paras $23,400 itu tetapi jika sebaliknya berlaku maka aset digital tersebut akan menjunam ke paras terendah seterusnya.
Sementara penganalisis bernama Ali Martinez pula berpendapat harga terkini BTC merupakan peluang terbaik untuk para pelabur membelinya ekoran aset digital bukan sahaja akan kembali ke zon $23,500 malah melepasi $25,000 sekiranya faktor makroekonomi kekal positif.
Meskipun begitu, pergerakan menurun BTC untuk menguji semula harga mungkin terjadi berikutan penutup minggu lepas menyaksikan aset digital itu susut semula di bawah paras $23,000, ulas Martinez.
Perlu diingatkan juga bahawa BTC dikatakan akan terjun lebih drastik jika harganya ditutup lebih rendah daripada paras sokongan semasanya pada $22,800 manakala zon rintangan terhampir pula terletak pada $22,945.
Setakat penulisan ini, BTC kini berada pada paras harga $22,838 dengan lonjakan sebanyak 0.95% dalam tempoh 1 jam lalu berbanding penyusutan hampir 0.62% sepanjang minggu lepas.