Logam kuning emas terus mengukuh selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa (all time high) pada $2,081 per auns susulan keputusan mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed).
Sesi Asia menyaksikan emas didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $2,050 per auns, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $2,057 per auns.
Terdahulu, logam berharga itu telah melonjak tinggi susulan jangkaan bahawa Fed mungkin akan menamatkan atau ‘pause’ kenaikan kadar faedahnya.
Walaupun Pengerusi Jerome Powell tidak mengesahkan dengan jelas, tetapi dalam kenyataan susulan, Fed tidak lagi memberi petunjuk mengenai pengetatan dasar tambahan untuk mencapai pendirian dasarnya mengembalikan inflasi kepada sasaran 2%.
Pada masa yang sama, kebimbangan terhadap sektor perbankan yang berterusan turut mendukung dagangan emas untuk kekal menguat.
Tumpuan pelabur seterusnya kini terarah kepada terbitan data NFP Amerika Syarikat yang dijangka akan menunjukkan pertambahan perlahan dalam pekerjaan pada bulan April dan kadar pengangguran sedikit meningkat pada 3.6%.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.