“Mesti korang tak sangka kan harga FTT boleh naik sampai macam tu.”
Setelah menghadapi penerjunan drastik disebabkan kejatuhan bursa mata wang kripto FTX, token FTT diasaskannya telah menyaksikan pendakian ketara apabila harganya pada hari ini menembusi $2.83 daripada $1.22 pada 8 November 2023.
Pergerakan mengejutkan itu berlaku apabila pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler berkata sesiapa yang ingin terlibat dalam kripto harus melakukannya mengikut undang-undang susulan daripada beberapa siri bidaan untuk reboot FTX.
Kenyataan yang diungkapkan oleh Gensler adalah sebagai tindak balas pada soalan sama ada bekas Presiden Bursa Saham New York bernama Tom Farley ingin membeli FTX.
Oleh demikian, pengawal selia Amerika Syarikat (AS) turut menyatakan sesiapa yang berhasrat beli FTX harus membina kepercayaan pelabur dan pastikan melakukan pendedahan yang betul serta tidak menggunakan kripto mereka untuk tujuan sendiri.
Sejurus selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FTX Sam Bankman-Fried (SBF) menerima keputusan bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah pada minggu lalu, terdapat beberapa kumpulan yang bertanding untuk mengambil alih FTX.
Di sebalik keyakinan mengenai kemungkinan pelancaran semula FTX, sebilangan pedagang institusi meluahkan kebimbangan mereka tentang bursa kripto tersebut yang memiliki banyak kelemahan dan isu.
Menerusi pemerhatian pada carta harga, FTT perlu melepasi zon rintangannya pada $4.75 terlebih dahulu untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi jika gagal maka harganya mampu tergelincir semula ke paras $2.39 atau $1.88.
Setakat penulisan ini, harga FTT melonjak sebanyak 48.18% pada paras $2.61 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $854 juta kemudian merekodkan pendakian 110.60% sepanjang minggu lepas.