Ketua-ketua negara BRICS akan bertemu di sidang kemuncak yang bakal berlangsung pada 22-24 Ogos di Afrika Selatan.
Ia dijangka turut menyaksikan pengumuman mengenai pengembangan kumpulan itu, di mana dua puluh dua negara dikatakan telah secara rasmi membuat permohonan untuk menyertainya.
Duta BRICS Afrika Selatan, Anil Sooklal memberitahu pada hari Rabu bahawa akan ada pengumuman terancang mengenai pengembangan BRICS pada perhimpunan tidak lama lagi.
BRICS terdiri daripada negara Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Ia semakin kerap menjadi sebutan pada tahun ini apabila ramai yang melihat penubuhannya dapat menggugat kuasa G7 dan Amerika Syarikat di mata dunia.
Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga merancang untuk mengurangkan kebergantungan dunia terhadap dolar Amerika yang dianggap tidak menguntungkan.
Menurut Sooklal, wakil dari 71 negara telah dijemput untuk menghadiri sidang kemuncak itu setakat ini.
Ujarnya lagi, acara tersebut akan menjadi perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini yang mengumpulkan negara-negara dari Global South** bagi membincangkan cabaran global semasa.
**Global South ialah istilah yang secara amnya merangkumi negara-negara di wilayah Afrika, Amerika Latin dan Caribbean, Asia (tanpa Israel, Jepun dan Korea Selatan), dan Oceania (tanpa Australia dan New Zealand).
Berikut merupakan negara-negara yang telah memohon secara rasmi untuk menyertai BRICS:
- Emiriah Arab Bersatu
- Arab Saudi
- Bangladesh
- Venezuela
- Argentina
- Indonesia
- Ethiopia
- Bahrain
- Mexico
- Nigeria
- Algeria
- Mesir
- Iran