- Pengurangan pekerja lebih besar dari pengumuman terdahulu
- 6% daripada kira-kira 300k tenaga kerja akan terkesan
- Krisis kos sara hidup punca pelanggan kurangkan perbelanjaan
Amazon menjadi syarikat teknologi besar terbaru yang mengumumkan pemberhentian besar-besaran pada 2023.
Terdahulu pada November lalu, gergasi peruncitan itu mendedahkan akan membuang 10,000 pekerja.
Namun, dalam pengumuman terbaru oleh Ketua Pegawai Eksekutif Andy Jassy, seramai 18,000 orang akan diberhentikan.
Pekerja yang terjejas akan dimaklumkan mulai 18 Januari, kata beliau dalam memo yang ditulis kepada pekerjanya.
Tekanan kos sara hidup yang meningkat telah menyebabkan pelanggan mengurangkan perbelanjaan sehingga menjejaskan banyak perniagaan, termasuk Amazon.
Andy Jassy berkata Amazon telah mengharungi ekonomi yang tidak menentu dan sukar pada masa lalu dan ia akan terus melaluinya.
Syarikat itu dikatakan sedang berusaha untuk menyokong mereka yang terjejas dengan menyediakan pakej seperti bayaran pengasingan, faedah insurans dan sokongan penempatan pekerjaan luar.
Pun begitu, Amazon bukan satu-satunya syarikat yang mengumumkan pengurangan pekerja tahun ini, di mana yang terbaru Salesforce juga mengatakan akan mengurangkan jumlah pekerja sebanyak 10% atau lebih 7,000 orang.