“Apple tu dah la dikenali ramai dalam sektor teknologi, kalau SOL dapat jadi macam dia memang hebatlah.”
Raj Gokal, iaitu co-founder Solana (SOL) sungguh yakin aset digital tersebut mampu berkembang dalam pasaran mata wang kripto sebagaimana Apple berada dalam industri teknologi pengguna sejak dahulu lagi.
Hal ini kerana Apple telah bekerja bersungguh-sungguh selama hampir satu dekad untuk mencipta touchscreen seterusnya mengeluarkan iPhone, di mana pada masa ini ramai orang berpusu-pusu ingin membeli telefon pintar itu.
Memang tidak disangkal banyak perkara perlu dibina di atas platform tersebut untuk wujudkan iPhone, App Store dan ekosistem aplikasi seperti sekarang, tetapi harus diingatkan bahawa semua bermula dengan satu matlamat jelas.
Menurut Gokal, pasukan kejuruteraan SOL dan ekosistemnya telah mengambil contoh daripada Apple untuk mengkaji dengan teliti berkenaan rangkaiannya supaya ia dapat membangunkan internet kewangan tersendiri yang baharu sepenuhnya.
Tambahnya lagi, pasukan SOL turut akan melaksanakan tesis utama yang memberi tumpuan kepada perniagaan dan projek baharu sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk meningkatkan lagi penggunanya secara global.
Berkenaan telefon pintar berasaskan blockchain SOL yang dilancarkan pada bulan lepas, Gokal berkata mereka akan membantu lebih ramai individu mengakses produk dan perkhidmatan kripto tanpa perlu menggunakan komputer.
Sehingga berita ini ditulis, harga SOL melonjak sebanyak 0.02% pada paras $20.65 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $8 bilion seterusnya merekodkan kenaikan sekitar 6.49% sepanjang minggu lepas.