Kebanyakan carta harga pasangan mata wang utama telah mengalami perubahan arah harga ketika menuju penghujung minggu termasuk carta AUD/USD.
Harga telah berubah arah membuat kenaikan semula setelah corak penurunan dipaparkan dari awal minggu.
Dolar Australia mula memanfaatkan peluang untuk mengukuh ketika US dolar sudah hilang kekuatannya dengan kebimbangan pasaran sedang terarah kepada risiko ‘government shutdown’ di Amerika Syarikat (AS).
Penganalisis melihat berlaku aktiviti profit taking dalam kalangan pemain pasaran pada penutup suku ketiga 2023 ini selain US dolar juga terkesan oleh terbitan data pertumbuhan ekonomi AS yang kekal rendah dan meleset berbanding ramalan untuk meningkat.
Pada carta AUD/USD, penurunan harga sebelum ini telah mencecah paras 0.63300 sebelum lonjakan semula harga berlaku pada Khamis semalam.
Harga yang menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencadangkan perubahan trend bullish untuk berlaku.
Kenaikan harga mencapai paras 0.64300 di sesi New York dan momentum diteruskan lagi hari ini (Jumaat) dengan kenaikan sehingga ke pembukaan sesi Eropah telah mencapai sekitar 0.64700.
Dengan corak yang dipaparkan, kenaikan harga dilihat akan mencapai 0.65000 selain menguji zon rintangan itu seperti situasi yang berlaku pada minggu sebelum ini.
Jika berjaya melanjutkan pendakian lebih tinggi, paras 0.64500 pula dilihat sebagai sasaran seterusnya untuk dicapai selain mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.
Namun tidak mustahil juga untuk harga kembali membuat penurunan semula jika situasi dalam pasaran berubah.
Penurunan dijangka akan menghampiri sekitar 0.63700 sebelum mencecah semula paras terendah minggu ini pada 0.63300.
Menyambung semula trend bearish sebelum ini, penurunan bakal diteruskan menuju sasaran seterusnya pada zon penting 0.63000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG