Mata wang Pound Sterling didagangkan suram pada awal minggu ini dengan tumpuan pada hari ini (Selasa) terarah pada penerbitan laporan data pekerjaan UK di sesi Eropah sebentar lagi.
Ucapan oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey semalam memberi pandangan beliau terhadap kadar inflasi yang dijangkakan menurun pada tahun ini. Namun turut menyatakan kebimbangan terhadap sektor buruh.
Pelabur akan terus berwaspada terhadap pergerakan Pound menjelang mesyuarat bank pusat BOE yang akan berlangsung di awal Februari nanti bersama mesyuarat FOMC.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-tumpuan-pasaran
Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam menyaksikan harga membuat kenaikan di awal sesi Asia hampir mencapai paras ketinggian 1.23000.
Namun, sesi Eropah memperlihatkan penurunan semula harga sehingga 100 pips ke bawah paras 1.22000 sebelum mendatar di zon tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.
Terdapat petanda awal untuk perubahan trend bearish dinilai pelabur apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini, harga masih berlegar perlahan di zon 1.22000 sementara pelabur berwaspada jika penurunan harga masih diteruskan.
Jika susut lebih rendah, harga akan kembali menuju semula sekitar 1.21000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Pergerakan trend bearish lebih jelas akan menjangkakan harga meneruskan penurunan sehingga ke paras sekitar 1.20000.
Sebaliknya, jika US dolar kekal bergerak lemah, harga bakal memaparkan lonjakan semula menyambung corak bullish minggu lalu.
Kenaikan dari zon 1.22000 akan menguji semula zon rintangan pada 1.23000 yang hampir dicapai semalam.
Berjaya melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG