“Hmmm boleh jadi tapi takut masyarakat tak tertarik juga dengan BTC.”
Semasa berbual bersama Patrick Bet-David di saluran YouTube Valuetainment, Michael Saylor, co-founder Microstrategy dan seorang penyokong tegar Bitcoin (BTC) telah membincangkan sama ada mata wang digital bank pusat (CBDC) akan beri ancaman kepada aset digital itu.
Saylor berkata CBDC mampu menggalakkan banyak individu untuk mula berfikir tentang jenis wang yang boleh dimilikinya seperti BTC setelah dunia beralih daripada wang tunai kepada CBDC pada masa hadapan.
Walaupun kebanyakan individu dan ahli politik menentang CBDC sekeras-kerasnya, Saylor sungguh percaya dan optimis bahawa mata wang digital tersebut berupaya memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak.
Sementara beliau turut memberi contoh situasi di mana seseorang yang melalui sekuriti lapangan terbang tetapi membawa wang tunai $100,000 atau emas $100,000 sama sekali tidak dibenarkan pergi dan kedua-dua aset itu akan dirampas, namun bukanlah untuk BTC.
Dalam pada itu, Saylor yang meragui sama ada ahli politik akan mencapai kata sepakat mengenai CBDC AS dalam masa terdekat ini telah mempersoalkan keupayaan kerajaan untuk menghasilkan digital dolar dari perspektif teknikal.
Pun begitu, Federal Reserve (Fed) sehingga sekarang masih tidak mengumumkan sebarang rancangan untuk CBDC AS, bagaimanapun ia mungkin menjadi topik hangat semasa perbincangan pilihan raya presiden.
Susulan terdapat pihak berpendapat kerajaan akan menjejak dan mengawal urus niaga rakyat melalui CBDC, Saylor mendedahkan bahawa ia dapat memberi peluang kepada BTC untuk lebih dikenali ramai kerana asetnya yang tidak dikawal oleh mana-mana pihak.