“Haduii pedih mat, adakah harga COIN akan jatuh pula lepas ni?’
Empat eksekutif tertinggi di bursa gergasi mata wang kripto Coinbase termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Brian Armstrong bertindak menjual sejumlah besar saham syarikatnya COIN semasa mereka masih sedang bergelut dengan penelitian kawal selia.
Dilaporkan, pemfailan Borang 4 diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) mendedahkan jualan saham dibuat oleh beberapa eksekutif Coinbase, antaranya adalah Armstrong, Ketua Pegawai undang-undang (CLO) Paul Grewal dan Ketua Pegawai Perakaunan (CAO) Jonnes Jennifer N.
Selain menjual saham bernilai $2.6 juta pada 25 Mei 2023, Armstrong pada minggu ini turut menjual saham lebih $5.8 juta iaitu penjualan terbesarnya.
Bukan itu sahaja, beliau juga berhasrat menjual 2% saham COIN sepanjang tahun depan termasuk rancang membiayai pembangunan sains dan teknologi melalui syarikat co-founded diasaskannya digelar NewLimit serta ResearchHub.
Sejurus selepas tuntutan mahkamah pemegang saham menuduh CEO Coinbase dan pelabur memunggah sahamnya untuk mengelak kerugian besar pada tahun 2021, terdapat beberapa laporan berkenaan eksekutif bursa itu jual saham mereka.
Memang dinafikan sentimen di kalangan pelabur semakin positif apabila saham COIN menggunung lebih 125% pada tahun ini, tetapi tekanan kawal selia dan volum dagangan tidak stabil dalam pasaran kripto telah menimbulkan kebimbangan berhubung prestasi masa depan saham.
Saham COIN yang kini berharga $78.72 telah menyaksikan keuntungan sebanyak 30.57% sepanjang tahun lalu, bagaimanapun SEC baru-baru ini mendakwa Coinbase menawarkan beberapa sekuriti tidak berdaftar.
Suka dimaklumkan bahawa harga saham COIN melonjak sebanyak 12% apabila BlackRock mengemas kini Bitcoin (BTC) ETF melalui Nasdaq dan Coinbase.